Takrif rasuah perlu dikaji ..kata Hadi
- Beliau kata sumbangan kepada pihak yang memerlukan dan bukan atas tujuan peribadi sama ada individu atau masyarakat umum, tidak harus dimasukkan dalam makna rasuah.
- "ia perlu diambil kira dari segi ekonomi pendapatan atau gaji yang cukup bagi keperluan diri dan keluarga," katanya di Facebook rasmi beliau
- "Maka, tiada orang akan menjadi mangsa akibat kesalahan daripada tindakan undang-undang yang dizalimi . .
My
Kali ini saya tidak akan sebut nama surah atau nombor ayat yang berkenaan. Biarlah Hadi dan geng Pas pi cari sendiri ayat ini. Kan depa kata depa pandai semua?
Tetapi ayat Quran berikut super clear yang menyebut JANGAN HULUR RASUAH kepada "HUKAAMI" (para HAKIM dalam bahasa Melayu).
"Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan secara berdosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)"
wa laa - and do not
takuulu - eat / consume
amwaa-lakum - your wealth
bayna-kum - amongst you
bil baathili - with injustice / wrongly
wa tudluu - and extend it
ila AL HUKAAMI - to the judges (hakim)
lita'kulu fareeqan - so that you can eat a portion
min amwaali naas - from the people's wealth
bil ithmi - with deceit / in sin
wa antum - and while you
ta'lamuun - you know.
My comments:
Hadi kata rasuah itu tak ada dalam hudud Pas. Nauzubillah.
Hadi kata kena ta'rif semula apa itu rasuah !! Nauzubillah.
- Yang penting kita perlu faham ialah hudud Pas itu tak ada dalam Quran.
- Hadi perlu jelaskan kenapa hudud Pas langsung tidak ada dalam al Quran.
- Contohnya menghukum orang murtad langsung tidak ada dalam Quran.
- Hukum rejam batu sebagai hukum Islam - langsung tidak ada dalam Quran.
Tetapi rasuah pula sangat clear sudah tersebut dalam al Quran.
Ayat Quran di atas itu sangat jelas jangan makan harta orang secara bathil dan salah.
Jangan hulurkan harta itu kepada para hakim (HUKAAMI) sebagai rasuah untuk makan harta orang lagi.
Padahal kamu sudah pun tahu perbuatan itu adalah salah.
Kamu tahu perbuatan itu adalah rasuah. wa'antum ta'lamuun.
Tak payah takrif, takrif, ma'rif, ma'rif, atau ma'rof, ma'rof.
Rasuah itu rasuah. Rasuah itu bertujuan untuk makan harta orang secara bathil.
wa'antum ta'lamuun = dan kamu tahu perbuatan itu (salah).
Rupanya kepala lebai Pas itu tidak tahu pun ada ayat Quran yang sebut dengan clear jangan beri rasuah kepada para hakim (al hukaami).
Tidak ada pun ayat Quran suruh kita tanya hakim dulu, 'Yang Arif, gaji Yang Arif cukup tak untuk beli kereta Mecedi ke, untuk beli rumah banglo ke, untuk kahwin dua ke, cukup tak gaji Yang Arif? Sebab kalau gaji Yang Arif tak cukup, Hadi Awang kata kita boleh tolong sama tolong. Satu untuk kau, dua untuk aku.'
SOALAN CEPU MAS : Ayat Quran yang melarang manusia menghulurkan rasuah kepada para hakim sangat clear dan jelas. Sila baca ayat itu sekali lagi. Habis kenapa ayat Quran ini tidak dimasukkan ke dalam hudud Pas? Kenapa Pas tak setuju ayat Quran?
Bila guru kencing berdiri, anak murid akan kencing berlari.
Bila kepala lebai kencing berlari, penyokongnya akan kencing lari berganti !!
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.