`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 4, 2021

Tempoh Hamid Sultan jadi hakim berakhir

 

Hamid Sultan Abu Backer ialah hakim pertama yang digantung Jawatankuasa Etika Hakim sejak ia ditubuhkan.

PETALING JAYA: Tempoh hakim kanan Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer berakhir selepas beliau digantung selama enam bulan oleh Jawatankuasa Etika Hakim (JEC).

Hamid, yang dijadualkan bersara tahun ini, ialah hakim pertama yang digantung sejak Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 dikuatkuasakan.

Peguam Wilson Joy Appukuttan yang mewakili Hamid berkata, jawatankuasa itu sudah memaklumkan mereka berhubung keputusan menggantung perkhidmatan anak guamnya.

“Pengerusi JEC berkata, mereka berpuas hati yang aduan itu terbukti dan Hamid digantung daripada jawatannya mulai hari ini hingga 27 Ogos.”

Terdahulu, Hamid yang diminta hadir di depan JEC enggan berbuat demikian kerana mahu mencabar komposisi dan keperlembagaan JEC.

Tiga tahun lalu, Hamid mendakwa terdapat campur tangan kehakiman dalam beberapa kes berprofil tinggi.

Peguam Sangeet Kaur Deo kemudian mengemukakan tuntutan terhadap ketua hakim pada awal 2019 atas dakwaan beliau gagal mempertahankan dan melindungi integriti badan kehakiman.

Ogos lalu, JEC mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Hamid kerana mengesahkan afidavit Sangeet yang hakim kanan campur tangan dalam penghakiman beberapa rayuan, termasuk kes hasutan mendiang Karpal Singh.

Hamid mula dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 1 Mac 2007 dan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Kuching serta Sibu selama dua tahun.

Beliau kemudiannya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selama enam bulan sebelum dilantik sebagai hakim Mahkamahh Tinggi.

Pada 2013, beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.