`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 1, 2021

Tiada ancaman siber daripada ‘Anonymous Malaysia’, kata menteri

 

Polis pada 29 Jan lalu membuka satu kertas siasatan terhadap ‘Anonymous Malaysia’ yang memberi amaran kedua akan melancarkan serangan siber ke atas laman web kerajaan dan aset dalam talian.

KUALA LUMPUR: Sistem pertahanan dan laman web kerajaan dalam keadaan selamat daripada sebarang ancaman siber setakat ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas ancaman kumpulan penggodam menggelar diri “Anonymous Malaysia” pada minggu lepas untuk menggodam sistem pertahanan negara serta laman web kerajaan.

“Tiada insiden penggodaman mana-mana laman web kerajaan setakat ini dan kita harap kementerian akan terus selamat daripada digodam,” katanya selepas meninjau sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak.

Pada 29 Jan lalu, polis membuka satu kertas siasatan terhadap “Anonymous Malaysia” yang memberi amaran kedua untuk melancarkan serangan siber selepas ancaman serupa dibuat pada 2017.\

Sementara itu, mengulas penugasan sekatan jalan raya dan rondaan bersama polis dalam memantau SOP perintah kawalan pergerakan (PKP), Ismail Sabri berkata, sehingga kini, seramai 3,562 anggota tentera terbabit dalam penugasan Operasi Penawar.

“Seramai 3,027 anggota diatur gerak dalam sekatan jalan raya di seluruh negara, manakala 535 anggota lagi terbabit dalam rondaan Unit MPV dan Pasukan Pematuhan.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.