`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 23, 2021

Video tular Myvi rempuh van, polis tahan lelaki bantu siasatan

 

Menurut polis, siasatan awal mendapati kereta jenis Myvi dipandu secara melulu serta laju, sehingga melanggar van yang berada di hadapan sebelum terbabas. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan jalan raya, yang menyebabkan seorang pemandu parah di Bandar Kinrara, Puchong, petang semalam.

Video memaparkan kereta jenis Myvi dipandu laju merempuh sebuah van dan Proton Waja itu, tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Azman Shari’at berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.40 petang semalam.

“Pengadu seorang anggota polis kebetulan berada di tempat kejadian, yang dimaklumkan oleh seorang lelaki telah berlaku satu kemalangan dan pemandu salah sebuah kenderaan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan oleh orang awam.

“Tangkapan semula telah dilakukan ke atas suspek itu dan dia dibawa ke balai polis Serdang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Myvi berkenaan dipandu secara melulu serta laju, sehingga melanggar van yang berada di hadapan sebelum terbabas.

Katanya, mangsa yang parah iaitu pemandu van dibawa ke Hospital Serdang dan kini masih berada di zon merah.

“Butiran mangsa masih belum diperoleh daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.