`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 30, 2021

Bukan di Malaysia, kata polis

 

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku di luar negara.

SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini menafikan satu video kejadian rompak dan berbalas tembakan, yang dikatakan berlaku di sebuah klinik di Puchong.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, menerusi kenyataan di Facebook Polis Selangor memaklumkan bahawa, dakwaan kejadian konon berlaku di Puchong, tidak benar dan merupakan berita palsu.

“Hasil semakan polis mendapati kejadian tersebut berlaku di luar negara,” katanya.

Arjunaidi turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri, serta mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat perkongsian atau menyebarkan sebarang berita yang diperoleh dari sumber tidak sahih. Perbuatan ini boleh mencetuskan suasana panik serta boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Arjunaidi berkata, pihaknya telah mengesan satu video klip berdurasi 1 minit 44 saat yang tular di media sosial, memaparkan kejadian tembak-menembak melibatkan dua individu yang cuba merompak serta menyamun sebuah klinik, kononnya berlaku di Puchong. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.