`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 21, 2021

3 penunggang motosikal maut dilanggar kereta

 

Keadaan Proton Preve dan sebuah daripada tiga motosikal selepas pelanggaran di hadapn depan stesen minyak di Kampung Acheh, Sitiawan petang tadi. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat)

IPOH: Tiga maut apabila motosikal yang ditunggang mereka disyaki dirempuh sebuah kereta di depan sebuah stesen minyak di Kampung Acheh, Sitiawan, kira-kira 70km dari sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Zaki Zainol ketika dihubungi berkata, pihaknya dengan bantuan BBP Seri Manjung dikejarkan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.28 petang.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dipercayai merempuh beberapa buah motosikal dari arah bertentangan.

“Anggota bomba melakukan tindakan pengalihan terhadap mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian, selepas mendapat pengesahan daripada petugas kesihatan.”

Beliau berkata, semua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.56 petang.

Difahamkan, seorang individu yang menaiki Proton Preve dalam kemalangan itu cedera dan sehingga kini identiti semua mangsa belum dikenal pasti. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.