`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 16, 2021

Ahmad Faizal pengerusikan mesyuarat tentukan langkah seterus Bersatu

 

TImbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung di ibu pejabat parti di Publika.

KUALA LUMPUR: Tujuh belas bulan lalu mereka bermesyuarat untuk menubuhkan kerajaan baru selepas menumbangkan pentadbiran Pakatan Harapan menerusi Langkah Sheraton, namun lain pula kali ini.

Malam ini, pemimpin Bersatu dan Ahli Parlimen proparti itu bermesyuarat mengenai hala tuju parti susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tengah hari tadi.

Mesyuarat khas berlatarkan perkembangan suram untuk parti itu berlangsung di ibu pejabatnya di Publika. Ia dipengerusikan Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu.

Antara yang dilihat hadir ialah Mohd Redzuan Md Yusof, Radzi Jidin, Kamarudin Jaafar, Mansor Othman, Mohd Rashid Hasnon, Saifuddin Abdullah, Zuraida Kamaruddin.

Selain pemimpin Bersatu, turut kelihatan adalah Ahli Parlimen Bebas pro-Bersatu, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, kedua-duanya bekas ahli PKR.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas menerajui negara selama hanya 17 bulan.

Beliau mengaitkan peletakan jawatan itu kepada tekanan politik oleh pihak yang rakus kuasa sehingga menyebabkannya kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Istana Negara mengumumkan Muhyiddin akan berperanan sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga penggantinya dilantik. Blok pembangkang dan Umno kini dilaporkan sibuk bermesyuarat dalam usaha memperolehi sokongan untuk menampilkan calon Perdana Menteri mereka.

Antara nama yang dilontar untuk mengisi jawatan itu adalah Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Warisan Shafie Apdal dan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob turut disebut berusaha memperolehi sokongan untuk dicalonkan sebagai PM, khususnya daripada Ahli Parlimen yang sebelum ini menyokong Muhyiddin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.