`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 12, 2021

Buat aksi lucah dalam kedai serbaneka, lelaki diburu polis

 

Video kejadian berdurasi satu minit yang tular di media sosial turut mendapat kecaman warganet.

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang melakukan aksi lucah dalam sebuah kedai serbaneka di Balik Pulau, Pulau Pinang selepas video perlakuannya tular di media sosial, sedang diburu polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, ketika kejadian pada Selasa, pengadu yang juga pekerja kedai berusia 17 tahun itu telah didatangi suspek.

Katanya, suspek yang dikenali pengadu itu datang membeli barangan pada 8 malam sambil berbual mengenai kondom.

“Suspek kemudian pergi ke bahagian rak yang menempatkan tisu sebelum dilihat melakukan onani. Terkejut dengan kelakuan suspek, pengadu kemudian bersembunyi di bilik stor bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kamarul berkata, suspek kemudian beredar dari kedai serbaneka berkenaan kira-kira 30 minit kemudian sebelum pengadu terus membuat laporan di balai polis berhampiran semalam, berikutan bimbang dengan kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Video kejadian yang berdurasi satu minit itu tular di media sosial turut mendapat kecaman warganet. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.