`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 6, 2021

Dakwaan petugas PPV kutip RM80 seorang untuk vaksin tak benar, kata SPRM

 

Terdahulu polis mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN Shah Alam.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan terdapat petugas di pusat pemberian vaksin (PPV) memungut wang rasuah sebanyak RM80 bagi setiap individu warga asing yang mahu mendapatkan vaksin.

Susulan itu, SPRM menjalankan siasatan membabitkan penjaga pintu di PPV Shah Alam Convention Centre (SACC) yang didakwa menerima wang rasuah berkenaan.

“Bagaimanapun kejadian yang berlaku sebenarnya adalah di PPV Industri (PPVIN) di Pusat Konvesyen Midlands, Seksyen 7, bukannya di PPV SACC seperti mana didakwa dalam video itu.

“Hasil risikan mendapati, PPV Midlands dijadikan PPVIN yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Program lmunisasi lndustri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS),” kata SPRM dalam kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut terdapat masalah pada sistem dengan janji temu untuk individu juga terselit di PPV Midlands itu.

“Dikatakan punca kesesakan adalah daripada tindakan pekerja asing hadir tanpa janji temu bagi mencuba nasib untuk mendapatkan vaksin.

“Tohmahan yang mengatakan bayaran rasuah RM 80 perlu dibayar kepada penjaga pintu untuk masuk masuk ke PPVIN itu adalah tidak benar,” katanya.

Terdahulu tular video di media sosial memaparkan sekumpulan individu bukan warganegara beratur panjang dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sehingga menyebabkan kesesakan di PPV terbabit.

Polis semalam memaklumkan PPVIN Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, akan ditutup sehari, hari ini bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib berkata, turut mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.