`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 16, 2021

Ini ‘one-man show,’ tapi saya lakukan sebaiknya, kata Muhyiddin

 

Muhyiddin Yassin ketika pertemuan dengan editor kanan media berkata, beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.

PUTRAJAYA: Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau akan menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara, sebagaimana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Ia adalah tugas yang terhormat, dan saya akan terus jalankan tugas sebagai perdana menteri (sementara) bagi membantu negara,” katanya dalam pertemuan dengan editor kanan media di pejabat perdana menteri di sini.

Muhyiddin yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tengah hari tadi kepada Yang di-Pertuan Agong berkata, beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.

Mengulas lanjut, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong meminta beliau meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara, Muhyiddin berkata beliau terus merujuk kepada Peguam Negara Idrus Harun mengenai bidang tugas itu.

“Saya telah mendapatkan pandangan Peguam Negara yang kemudiannya menyatakan bahawa saya boleh menjalankan fungsi eksekutif dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sehingga perdana menteri yang baharu dilantik.

Apabila ditanya sama ada barisan jemaah menteri akan dikekalkan sebagai Kabinet sementara, Muhyiddin berkata setahunya hanya beliau seorang yang akan menjalankan tugas.

“It is a one man show,” katanya secara berseloroh.

Mengenai tanggungjawab dan kuasa sebagai perdana menteri sementara, Muhyiddin berkata ada keterbatasan kuasa, tidak seperti sebelum ini (menjadi perdana menteri).

“Sebagai contoh, saya tidak boleh tandatangan cek bernilai RM1 billion. Saya perlu rujuk dan ikut nasihat Peguam Negara,” tambah beliau. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.