`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 8, 2021

Kakak lemas selepas selamatkan adik

 

Keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan selepas mangsa ditemui mati lemas di Sungai Moyog, Penampang, berhampiran Kampung Kambau, pagi tadi.

PENAMPANG: Seorang remaja perempuan lemas selepas menyelamatkan adik bongsunya yang hanyut ketika mereka mandi di Sungai Moyog, berhampiran Kampung Kambau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun ditemui penduduk tidak jauh dari lokasi dia bersama tiga adiknya mandi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan pada 11.14 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, mangsa cuba menyelamatkan adik perempuannya yang tiba-tiba hanyut dibawa arus.

“Namun, selepas adiknya berjaya diselamatkan mangsa dilihat tenggelam sebelum ditemui lemas,” katanya ketika dihubungi.

Haris berkata, seorang adik mangsa terus pulang ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mereka.

Katanya, hasil bantuan penduduk, mayat mangsa ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.