`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 23, 2021

Kes ‘bapa ayam’, 2 individu dihadapkan ke mahkamah esok

 

Amran Mohd Ghani berkata selebriti yang sebelum ini dipanggil membantu siasatan hanya akan menjadi saksi dalam kes itu. (Gambar Bloomberg)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dan wanita yang dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Amran Mohd Ghani berkata kedua-duanya dijangka didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, seorang selebriti yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan tidak akan didakwa.

“Penahanan selebriti itu hanya membantu siasatan dan akan menjadi saksi kes sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mengenai penahanan beberapa individu termasuk seorang selebriti lelaki berumur 40-an pada 1 Ogos lepas berkaitan kes pemerdagangan manusia dipercayai bagi tujuan eksploitasi seks.

Susulan penahanan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dekat sini dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk menempatkan mangsa di sebuah rumah perlindungan di Johor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.