`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 6, 2021

Khas Untuk Ahli Umno : Orang UMNO Faham Tak Maksud Deja Vu? Atau Maksud 'Existential Threat'?

 Déjà vu, sebutan bahasa Perancis: yang bermaksud "sudah lihat", suatu perasaan kuat bahawa sesuatu peristiwa atau pengalaman yang sedang dialami itu telah dilalui pada masa lalu. Déjà vu ialah perasaan sudah terbiasa dengan sesuatu. 

OSTB : Dengan bahasa lagi mudah - deja vu adalah sesuatu yang pernah berlaku dulu. Sesuatu yang kita sudah mengalami dahulu.

Jauh sebelum PRU14 (2018) saya telah menasihati seorang kenalan saya yang juga menjadi Naib Presiden UMNO pada masa itu.  

Masa itu krisis 1MDB sudah pun menjadi kritikal. Saya telah mula kritik 1MDB sejak tahun 2010 - I was the first one. The first article saya tulis yang sebut nama Jho Low adalah pada tahun 2010.  Sarawak Report 'take over' liputan 1MDB a long time after that.  Wall Street Journal pula lagi lambat - tahun 2015.  

Anyway saya telah bagi tahu sahabat saya Naib Presiden UMNO itu 'Tell Najib to resign. Suruhlah Najib undur. Kalau Najib tidak mahu undur percayalah UMNO dan BN akan kalah PRU'.

Tetapi kawan saya itu tidak mahu dengar nasihat saya. UMNO takut untuk menegur presiden parti. UMNO takut untuk "berani kerana benar".  UMNO lebih suka 'takut sebab benar".  Akhir sekali UMNO ditendang keluar.

Jadi setelah 62 tahun memegang kuasa - UMNO pun di tongsampahkan, oleh orang Melayu sendiri.

Dan sedikit selepas kekalahan PRU14 (2018) lebih 20 orang Ahli Parlimen UMNO meninggalkan UMNO dan memasuki parti lain ia itu Bersatu. Maka  UMNO menghadapi bahaya baru pula ia itu 'EXISTENTIAL THREAT'. 

Apa maksud existential threat? Ia adalah ungkapan bahasa Inggeris yang dicipta oleh media Barat untuk permudahkan fahaman ancaman yang terdekat atau ancaman yang sudah pun tiba yang bakal merosakkan atau menghancurkan sesebuah negara, institusi, individu atau apa pun. Maksud mudahnya  ‘Its too late.” 

Sekarang Umno sedang hampiri pukulan maut Round Ke 2.  Deja Vu berulang sekali lagi.


Stupid Nazri kata dia kena tunggu arahan daripada MIC pula !!




Perlantikan Zahid Hamidi sebagai presiden parti UMNO sejak 2018 telah meletakkan Umno dalam keadaan sakratul maut (at death's doorstep). 

Bukan saja Zahid menghadapi 77 ke atau 87 tuduhan mahkamah yang makin menjadikan Zahid gabrar dan auta tetapi tanpa tuduhan mahkamah pun Zahid tidak mempunyai bakat menjadi pemimpin parti. 

Prestasi Zahid sewaktu berucap di United Nations sangat memalukan bangsa Melayu. Is this the best you have? Zahid langsung tidak faham ekonomi, perindustrian, AI (bukan AI kekasih dia) ataupun perhubungan antarabangsa (international relations). Zahid pernah sebut kepada umum bahawa orang Syiah adalah kafir - sesuatu kenyataan dangkal yang menimbulkan kemarahan negara majoriti Syiah di Timur Tengah seperti Iraq di mana Malaysia telah membuat pelaburan berbillion Ringgit dalam industri minyak dan gas di sana.

Zahid juga terkenal dengan suka menunjuk penumbuk, menunjuk jari dan nama dia juga terlibat aduan kes oleh seorang anak muda. Tak tahu lah apa sudah jadi kepada kes itu. 

Pendek kata IQ Zahid adalah sama taraf dengan pemimpin Umno ber-IQ lobak seperti Mat Maslan,  Puad Zarkashi, Noh Omar dan yang sewaktu dengan mereka.  

Maka kita lihat pada hari ini Zahid makin kekok dan bengkok. Dia tidak menjawab isu dengan konfiden atau secara muktamad. Contohnya Zahid kata tindakan disiplin akan diambil ikut Perlemabgaan Parti. (Yalah - takkan ikut Perlembagaan Negeri Jawa). Tindakan disiplin akan diambil oleh jawatankuasa disiplin.  (Yalah - tapi jawatankuasa disiplin senyap saja? Tak bersuara pun?) 

Dulu di bawah pimpinan Najib, Umno kalah pilihanraya. 

Tetapi sekarang di bawah pimpinan kosong Zahid, Umno menghadapi talkin terakhir. UMNO makin pecah dan kemungkinan besarnya parti itu tidak dapat pulang bergilang gemilang lagi. UMNO is dead. 

Dan deja vu nya ialah TIGA JUTA ahli parti tidak boleh buat apa pun - sebiji serupa dengan masa Najib mengikat tali gantung ke leher parti UMNO. TIGA JUTA ahli parti tidak berupaya berkata apa pun dan hanya tutup mulut dan terima tindakan presiden mereka membunuh peluang UMNO di PRU14.

Sejarah berulang sekali lagi - deja vu - TIGA JUTA ahli parti lebih rela tutup mulut saja dan sanggup membiarkan  Zahid Hamidi membuat tikaman maut untuk membunuh parti mereka. 

Rupanya bukan Zahid atau Mat Maslan saja yang ber-IQ lobak.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.