`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 4, 2021

Mayat bayi dalam plastik ditinggalkan di tangga premis perniagaan

 

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di tangga sebuah premis perniagaan di Jalan Bundusan, Penampang. (Gambar IPD Penampang)

PENAMPANG: Mayat seorang bayi lelaki ditemui di dalam beg plastik di kawasan tangga sebuah premis perniagaan di Jalan Bundusan, di sini, tengah hari tadi.

Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemui orang awam yang kemudiannya memaklumkan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman mengenai penemuan bayi terbabit pada jam 1.10 petang.

Katanya, polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mayat bayi itu di dalam beg plastik.

Beliau berkata, pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan bayi itu baru dilahirkan dan sudah meninggal dunia dalam tempoh kira-kira enam jam sebelum ditemui.

“Mayat bayi terbabit sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, di Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di nombor 088-723961.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian, 014-653 5238,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.