`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 23, 2021

P Pinang ‘laung amaran’ kesan bina lapangan terbang Kulim berhampiran sungai

 

Imaginasi artis membabitkan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Hasrat Kedah merancang pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) bersebelahan tebing Sungai Muda, dijangka menjejaskan bekalan air membabitkan jutaan penduduk di kawasan selatan negeri itu, termasuk di Pulau Pinang, kata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

PBAPP berkata, kajian alam sekitar oleh pemaju lapangan terbang terbang mendapati wujud risiko tinggi berlakunya pencemaran di Sungai Muda, selepas mengambil kira sekurang-kurangnya 14km keluasan projek itu berada di kawasan tebing, yang turut menjadi sebahagian daripada 4,000 hektar aerotropolis yang turut membabitkan pembangunan hartanah.

Sejumlah 80% bekalan air Pulau Pinang diekstrak dari sungai berkenaan setiap hari dari muka sauk Lahar Tiang di Seberang Perai, kira-kira 6km ke hilir (ketika sungai mengalir) dari cadangan lokasi projek KXP.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Jaseni Maidinsa berkata, berdasarkan dokumen Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), lapangan terbang terbabit berada di dua bahagian tebing di Sungai Muda, merangkumi kawasan sepanjang 14 km.

“Kami tidak membantah cita-cita Kedah mahu meneruskan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa itu yang dijangka membawa masuk pelaburan swasta RM3.8 bilion yang akan menyuntik ekonomi tempatan menerusi penyediaan peluang kerja dan infrastruktur.

“Bagaimanapun, lapangan terbang tidak boleh dibina di lokasi berdekatan sumber bekalan air kerana meletakkan risiko tinggi kepada perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang dan selatan Kedah ketika ini dan masa depan.

“Adalah lebih bersesuaian projek mega itu dipindahkan ke kawasan lebih selamat, berjauhan dengan tebing Sungai Muda, yang menjadi sumber air mentah utama kepada Pulau Pinang dan selatan Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Jaseni berkata, konsultan alam sekitar daripada pihak lapangan terbang sendiri menerusi EIA menyenaraikan kebimbangan kualiti air terjejas berpunca daripada timbunan tanah, simen dan pasir yang berkemungkinan mencemari sungai, termasuk tumpahan minyak dan bahan kimia berbahaya.

Kedah sudah menandatangani perjanjian dengan pemaju swasta, ECK Group, bagi membina lapangan terbang berkenaan pada 2026 dengan syarikat terbabit membelanjakan RM6 bilion bagi fasa pertama pembinaan.

Lapangan terbang terbabit berada dalam keluasan 1,700 hektar, berdekatan Sidam Kiri, berhampiran Sungai Muda dan dijangka mampu mengurus 15 juta penumpang setahun apabila siap sepenuhnya. Kerajaan negeri menjangka penerbangan pertama dari lapangan terbang itu bermula seawal 2024. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.