`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 24, 2021

Penternak lembu ditemui mati dengan kesan tembakan, tikaman

 

Polis berkata, pemeriksaan terhadap seorang lelaki mendapati terdapat kesan tembakan pada bahagian depan badan dan kesan tikaman pada bahagian belakang selain turut menemui kelongsong peluru di lokasi kejadian. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Seorang penternak lembu ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan tembakan dan tikaman pada bahagian badan di tepi jalan di Kongsi 14 dekat Sungai Petani malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan lelaki berusia 38 tahun itu lebih kurang 11 malam.

Beliau berkata, pihak forensik membuat pemeriksaan terhadap badan lelaki itu mendapati terdapat kesan tembakan pada bahagian hadapan badan dan kesan tikaman pada bahagian belakang badan selain turut menjumpai kelongsong peluru di lokasi kejadian.

“Motif kejadian masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan, manakala setakat ini belum ada sebarang tangkapan berhubung kes ini,” katanya dalam kenyataan.

Adzli berkata, lelaki itu mempunyai lima rekod lampau dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.