`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 22, 2021

Polis pantau akaun palsu, elak pihak ambil kesempatan akibat bencana banjir

 

Polis turut menasihatkan penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara tidak perlu bimbang kerana anggota polis ditugaskan untuk memantau kawasan kampung dan perumahan yang dilanda banjir. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis melalui Bahagian Jenayah Komersial akan memantau kewujudan akaun palsu yang mungkin berkaitan kutipan dana kononnya bagi membantu mangsa banjir di daerah Kerian, Perak.

Ketua Polis Daerah Kerian, Mazuki Mat berkata, tindakan itu bertujuan memastikan tiada pihak mengambil kesempatan terhadap bencana banjir di Mukim Beriah, Alor Pongsu di Bagan Serai.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa peka terhadap perkara itu, walaupun belum ada kes dilaporkan.

Katanya, penduduk yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) tidak perlu bimbang kerana lebih 20 anggota ditugaskan untuk memantau kawasan kampung dan perumahan yang dilanda banjir bagi memastikan harta benda mereka selamat.

“Sehingga kini, belum ada laporan kehilangan harta benda yang dilaporkan penduduk atau mangsa banjir di sini,” katanya dipetik Berita Harian di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.