`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 9, 2021

Polis siasat gambar tular Jalur Gemilang dipasang terbalik

 

Gambar yang tular menunjukkan Jalur Gemilang dipasang terbalik. (Gambar Twitter)

BATU PAHAT: Polis sedang menyiasat satu gambar memaparkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) dipasang terbalik yang tular di media sosial, dipercayai berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah berkata pihaknya mengesan gambar berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi, dipercayai dipasang di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) DUN Penggaram, di sini.

Katanya bertindak atas maklumat yang diterima, pada pukul 3.45 petang pihaknya telah ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera itu telah diturunkan selain bangunan itu ditutup.
“Kini pihak polis sedang berusaha mengesan pekerja dan penyelia PDK berkenaan untuk membantu siasatan,” kata beliau dalam satu kenyataan, malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.