`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 7, 2021

Ramuan apa? Lagi ‘scheme of things’?, Najib bidas Bersatu Sarawak

 

Najib Razak berkata hanya pengkhianat dan mangsa “scheme of things” dalam Umno sahaja yang akan membiarkan dan membantu pihak lain untuk “menjinakkan” parti sendiri.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata hanya pengkhianat dan mangsa “scheme of things” dalam Umno sahaja yang akan membiarkan dan membantu pihak lain untuk “menjinakkan” parti sendiri.

“Ramuan apa itu? Lagi “scheme of things” dengan sogokan dan ugutan?,” katanya di Facebooknya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf A Suffian yang berkata pengalaman politik lebih 40 tahun menjadi senjata bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin “menjinakkan” Umno.

Jaziri berkata, Muhyiddin bukanlah seorang ahli politik yang senang dibuli, selain beliau mempunyai kredibiliti menguruskan serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Najib juga mempersoalkan mengapa Muhyiddin tidak mempunyai ramuan untuk mengawal Covid-19 dan selamatkan negara kerana apa yang difikirkan setiap hari hanya untuk beliau kekalkan kuasa.

“(Itu) ada pada fikiran dan perancangan mereka tiap-tiap hari. Tiada apa yang lain. Itulah fokus mereka setiap hari pada ‘meeting-meeting’ (mesyuarat) mereka sampai lewat malam.

“Rakyat, ekonomi, negara dan Raja tolak ke tepi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.