`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 24, 2021

Suami isteri buat ‘eksperimen sosial’ dicekup polis

 

Semalam, tular di media sosial apabila seorang wanita dengan bangga berkongsi pengalamannya dan suami yang dikatakan sebagai ‘eksperimen sosial’ bagi menguji sama ada mereka berjaya masuk ke premis tanpa lengkap dua dos vaksin.

PETALING JAYA: Suami isteri yang kononnya cuba melakukan “eksperimen sosial” apabila berjaya masuk ke beberapa kedai dan kedai makan tanpa lengkap dua dos vaksin, akhirnya dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, berkata pasangan berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan pada 5 petang di rumah mereka di Bandar Putera 2.

Katanya, mereka ditahan selepas polis menerima aduan mengenai pemilik akaun media sosial menggunakan nama “Mujaheeda Soleha” yang memuat naik pengalamannya itu.

“Pemilik akaun turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil,” katanya menurut laporan Kosmo.

Shamsul berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19.

Semalam, tular di media sosial apabila seorang wanita dengan bangga berkongsi pengalamannya dan suami yang dikatakan sebagai “eksperimen sosial” bagi menguji sama ada mereka berjaya masuk ke premis terbabit tanpa lengkap dua dos vaksin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.