`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 11, 2021

‘Tokoh’ muflis, tetapi syarikat diberi projek RM1 bilion, Ahli PKR buat laporan polis terhadap MB Kedah

 

Ahli PKR itu mendakwa sebuah projek berkaitan pelancongan berbilion ringgit di Langkawi diberikan kepada sebuah syarikat dengan tokoh utamanya yang muflis. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang ahli PKR membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pemberian sebuah projek berkaitan pelancongan berbilion ringgit kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan muflis.

Dalam laporan polisnya, Ahli PKR Sungai Siput, Indrani Selvakumar mendakwa seorang tokoh utama dalam syarikat yang mendapat projek itu sudah muflis selama beberapa tahun.

Katanya, ini berdasarkan pencariannya dengan Jabatan Insolvensi.

“Sanusi perlu menjelaskan bagaimana sebuah projek lebih RM1 bilion diberikan kepada syarikat dengan seorang tokoh utamanya sudah diisytiharkan muflis.

“Adakah beliau melakukan pemeriksaan latar belakang?” soalnya yang menuntut Sanusi menjelaskan perkara itu.

Indrani berkata, individu terbabit pernah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti kerana memanipulasi pasaran.

FMT tidak mendedahkan nama individu terbabit sementara menunggu komennya.

Indrani berkata, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia esok.

FMT turut menghubungi Sanusi untuk mengulas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.