Geng lebai mahukan Kerajaan baru kita mengucapkan tahniah secara rasmi kepada puak ganas Taliban yang sekali lagi telah menawan Afghanistan.
YB Zuraida pula ingin berombongan ke Afghanistan untuk mengajar puak-puak Taliban itu berkenaan hak wanita, peranan wanita dalam membina negara dsbnya.
Saya rasa YB Zuraida perlu tanya kepada geng lebai untuk menjelaskan apa maksudnya Darul Harbi.
Harbi dalam bahasa arab merujuk keadaan peperangan, persengketaan dan bunuh membunuh. Darul ertinya negeri atau tanah. Darul Harbi maksudnya adalah negeri yang sedang berperang atau tanah yang dilanda peperangan.
Puak Salafi ganas suka menuduh kesemua negara kepunyaan orang bukan Islam sebagai Darul Harbi. Contohnya semua negara Barat pernah digelar Darul Harbi oleh puak-puak Salafi.
No 1. Sila lihat video negara Islam Afghanistan yang berikut:
Dalam video ini mereka sedang cakap dalam bahasa Pashtun. Bukan saya faham Pashtun tetapi captions itu yang kata. Dan Pashtun memang menjadi bahasa puak Taliban.
Sila perhatikan keadaan buruk dan usang rumah mereka dalam abad ke 21 ini. Jelas sekali rumah kampong ini tidak mempunyai paip air, tandas moden atau api. Bumbung rumah ini pun "beratapkan" ranting kayu saja dan lantai pula jenis "mud floor". Mereka ini adalah orang miskin dan sangat terkebelakang.
Lelaki itu mengajar kanak-kanak kampong bagaimana cara menembak senapang AK 47 Kalashnikov, cara menembak pistol dan melempar bom tangan atau hand grenade. Dia juga berkata bahawa tugas mereka ialah untuk memerangi dan membunuh semua orang kafir dalam dunia ini.
Untuk fahaman YB Zuraida mereka ini belum lagi sampai ke bab pelajaran menghormati wanita, menjamin hak wanita atau peranan wanita dalam membina negara. Mereka masih dalam Gear Satu iaitu cara-cara untuk membunuh sesama manusia. Mereka berada dalam Darul Harbi atau negara yang berperang.
Jika YB Zuraida ingin juga pergi ke Afghanistan saya cadangkan naiki kereta kebal sajalah. Jemputlah geng parti lebai kita jadi pemandu kereta kebal dengan membawa bendera putih atau hijau atau hitam atau mana-mana warna yang mampu sejuk-kan bara nafsu mereka.
No 2 Video ini juga adalah daripada sebuah negara Islam, mungkin Iraq atau Syria. (Caution: Video ini sangat gross dan menunjukkan pembunuhan manusia dengan sangat jelas dan kejam. Oleh itu sesiapa yang tidak setuju isi video ini jangan mainkan-nya. The following video is extremely violent and graphic. Do not Play the video if you do not wish to see such things.)
Walaupun bukan Taliban tetapi mereka semua adik-beradik juga. Geng geng Salafi, Wahabi dan yang sewaktu dengannya juga.
Percayalah mereka pun belum sampai ke tahap menghormati hak wanita - serupa dengan negara kita di mana wanita seperti YB Zuraida boleh menjadi wakil rakyat dan pemimpin negara.
Mereka masih berada pada tahap Gear Satu - membunuh manusia secara kejam atas sebab-sebab yang mereka sendiri tidak faham.
Jelas sekali ini adalah keadaan Darul Harbi juga.
No. 3 ini pula adalah video dari sebuah negara orang kafir di Eropah, mungkin Itali.
Dalam video ini jelas kelihatan seorang gadis manis riang, gembira dan selesa bermain muzik biola di tengah jalan. Orang ramai termasuk pelancong berhenti untuk mendengar muzik yang cantik dan merdu yang dimainkan anak gadis ini.
Pelbagai orang yang berlainan bangsa, agama dan bahasa semuanya seronok dengan persembahan muzik oleh anak gadis yang berbakat ini.
Walaupun digelar negara kafir (oleh puak-puak Salafi) tetapi kita boleh melihat bahawa persekitaran mereka aman, selesa, bersih dan sangat maju.
Tidak ada peperangan atau bunuh-membunuh (darul harbi) yang sedang berlaku.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.