`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 1, 2021

Wanita tanpa pakaian dibunuh akibat cinta tiga segi, 6 ditahan

 

Mangsa ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian dan hanya diselimuti kain di kedai makan. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis percaya cinta tiga segi ialah motif pembunuhan seorang wanita Indonesia yang ditemui tidak berpakaian dan hanya diselimuti kain dalam kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih, Selasa lalu.

Susulan itu, enam lelaki termasuk suspek utama ditahan di sekitar Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata tiga warga asing serta seorang lelaki tempatan berusia 40-an ditahan kelmarin.

“Kita menahan dua lelaki warga asing, termasuk seorang suspek utama yang masing-masing berusia 40-an dalam serbuan di Bandar Baru Bangi.

“Semua suspek yang ditahan dipercayai adalah rakan kepada mangsa wanita berkenaan yang berusia awal 50-an,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kelaran benda tajam di depan leher, belakang tengkuk dan pipi.

Katanya, enam suspek yang terdiri daripada tiga lelaki Myanmar, dua warga Pakistan dan seorang lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun ditahan.

“Menerusi tangkapan itu, kami merampas beberapa barang kes daripada suspek, termasuk telefon bimbit dan dokumen peribadi milik mangsa, barang kemas, wang tunai berjumlah RM2,400 serta pakaian milik suspek yang mempunyai kesan darah.

“Semua suspek direman sehingga 5 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa belum dituntut dan proses mengesan waris giat dijalankan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.