PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis menafikan dakwaan banjir yang melanda Bukit Antarabangsa di ibu negara hari ini berpunca daripada ban pecah.
Hujan lebat berterusan pada petang tadi menyebabkan banjir melanda Bukit Antarabangsa, Ampang dan menjejaskan kira-kira 30 rumah di Jalan Mulia.
Norazam berkata, banjir hari ini berpunca daripada air hujan dari atas bukit melimpah dari longkang utama.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.35 petang tadi.
“Hujan lebat berterusan menyebabkan air hujan dari atas bukit melimpah dari longkang utama di kawasan taman tersebut dan turun ke bawah bukit.
“Kejadian tersebut menyebabkan kira-kira 30 rumah terjejas dengan air naik setinggi 0.6 meter,” katanya menurut laporan Kosmo.
Tetapi, katanya, air mula surut kira-kira sejam kemudian dan tiada penduduk yang dipindahkan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.