`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 1, 2022

Kertas siasatan dakwaan salah guna kuasa MARA Corp selesai, kata SPRM

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata keputusan mengenai siasatan ke atas dakwaan salah guna kuasa dan salah urus MARA Corp mungkin diketahui minggu depan.

PETALING JAYA: Kertas siasatan berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan salah urus MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) selesai sepenuhnya, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.

Beliau berkata, kertas siasatan itu telah dibawa kepada pegawai perundangan SPRM dan kini dalam peringkat perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara untuk langkah seterusnya.

“Kemungkinan ada keputusan mengenai perkara itu pada minggu hadapan,” katanya menurut laporan Utusan.

Sebelum ini, SPRM memanggil lima pegawai MARA yang dikaitkan dengan dakwaan integriti dan salah guna kuasa membabitkan MARA Corp.

Kelima-lima individu itu antara 17 individu yang dikenal pasti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan SPRM memanggil empat lagi anggota lembaga pengarah MARA Corp, empat pegawai MARA, tiga pegawai bank dan seorang pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

SPRM turut menyerbu Ibu Pejabat MARA dan MARA Corp serta sebuah syarikat setiausaha korporat baru-baru ini dan merampas dokumen terdiri daripada kertas cadangan serta minit mesyuarat lembaga pengarah, dokumen kewangan, senarai gaji dan dokumen membabitkan sumber manusia.

Lima individu yang dikaitkan dengan salah laku itu kemudiannya membuat laporan polis untuk menafikan pembabitan mereka dalam isu berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.