`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 18, 2023

ATM disanjung, harumkan Malaysia di Turki, kata Tok Mat

 

Mohamad Hasan memuji ATM kerana menjalankan tugas begitu baik dan cemerlang sepanjang misi kemanusiaan di Turki, Februari lepas.

KUALA LUMPUR: Penglibatan 110 pegawai dan anggota Kor Kesihatan Diraja dalam Misi Operasi Starlight II Hospital Medan Malaysia (HMM) di Celikhan, Adiyaman, Turki pada Februari lepas mengharumkan nama Malaysia di mata antarabangsa.

Menteri Pertahanan, Mohamad Hasan, berkata khidmat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang enam minggu bertugas memberi bantuan perubatan kepada mangsa gempa bumi sentiasa menjadi sebutan kepimpinan Turki terutamanya Menteri Pertahanan Hulusi Akar.

“Beliau (Hulusi) beberapa kali menyebut betapa gembiranya mereka apabila kita datang membantu dan Malaysia merupakan antara negara pertama hantar bantuan operasi dan menyelamat serta membina hospital medan di sana.

Ads by Kiosked

“ATM telah menjalankan misi dengan begitu baik dan cemerlang,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penghargaan Tim Misi Operasi Starlight II di Wisma Perwira ATM.

Turut hadir Panglima ATM, Affendi Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Abdul Muez Abd Aziz serta Duta Besar Turki ke Malaysia, Emir Salim Yüksel.

HMM memulakan operasi pada 15 Feb lepas dengan menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tahap tiga, termasuk prosedur pembedahan kepada masyarakat setempat serta Outreach Medical Programme dengan petugas berkunjung ke rumah mangsa untuk pemeriksaan perubatan.

Sepanjang operasi berkenaan, 2,415 pesakit dirawat termasuk 83 kes pembedahan telah berjaya dilaksanakan.

Sementara itu, Nur Hidayah Amran, 31, yang merupakan antara pegawai perubatan yang menyertai misi itu berkata, secara purata 80 pesakit dirawat sehari di HMM.

“Pasukan petugas juga berdepan kesukaran cuaca terlampau sejuk sehingga -15 darjah Celsius selain kami juga berdepan beberapa gegaran susulan agak kuat sehingga kami terpaksa berhenti seketika untuk memberi rawatan kepada pesakit,” katanya.

Ads by Kiosked

Pakar bedah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Dr A Sivanathan, 39, berkata sepanjang di sana, beliau berjaya melaksanakan 40 pembedahan kecil.

“Ini misi pertama sebagai pakar bedah, banyak pengalaman dilalui termasuk tidur sebilik bersama bersama 25 anggota dan pegawai yang lain serta mengalami luka beku di hidung dan telinga akibat cuaca sejuk,” katanya.

Pada 6 Feb lepas, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter telah melanda kawasan selatan Turki dan barat laut Syria dan kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.