`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 18, 2023

Lelaki maut, kereta junam dalam lubang pembentung di Sandakan

 

Kereta dipandu seorang lelaki lingkungan 40-an terjunam dalam lubang pembentung, dalam kejadian di Bandar Letat, Sandakan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terjunam dalam lubang pembentung dipenuhi air dalam kejadian di Bandar Letat, Sandakan.

Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu berjaya dikeluarkan selepas bomba dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya mengepam keluar air yang dianggarkan sedalam 1.5m.

Menurut Kosmo yang memetik jurucakap pusat gerakan operasi Bomba Sabah, sebagai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, pada 7.29 pagi tadi.

Ads by Kiosked

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva telah terbabas sendiri dan termasuk ke dalam lubang pembentung yang dipenuhi air yang dalam proses pembinaan oleh pihak JKR, di tepi jalan terbabit.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Terdapat seorang mangsa lelaki terlibat di dalam kenderaan itu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya laporan itu.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi kemudian ditamatkan pada 8.57 pagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.