`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 18, 2023

Tiada arahan ‘gam’ artis condong pembangkang, kata Fahmi

 

Fahmi Fadzil dalam ciapannya, berkata tiada arahan ‘gam’ dikeluarkan seperti didakwa.(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan dakwaan kononnya arahan dikeluarkan menyekat artis condong pembangkang untuk bersiaran di stesen televisyen kerajaan.

“Tidak digam. Tiada arahan sedemikian,” katanya di Twitter.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Suhaimi Sulaiman turut menafikan dakwaan berkenaan.

Ads by Kiosked

“Kita di RTM tidak ‘gam’ mana-mana penyanyi pun. Industri akan rugi kalau kita gam-menggam ini.

“Yang elok kita semua cakap elok-elok dan tidak perlu gaduh-gaduh,” katanya.

Sebelum itu, media melaporkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan meminta Fahmi memberi penjelasan berhubung dakwaan pegawai RTM diarah menyekat persembahan artis tertentu daripada siaran televisyen atau radio RTM.

Katanya, beliau menerima maklumat RTM diarah memeriksa latar belakang seseorang artis sebelum dijemput membuat persembahan.

Terdahulu, tular ciapan Twitter seorang pemilik akaun @MacGorjes mendakwa seorang penyanyi 90-an “digam” atas kecenderungan politiknya yang sering menghentam kerajaan perpaduan.

Namun, ciapan tersebut dipadam oleh pemilik berkenaan sejurus mendapat perhatian warganet.

Ads by Kiosked

Menerusi ciapan itu, Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Tengku Abdul Hamid mendakwa dirinya “digam” melalui satu ciapan.

“Siapakah saya ini, itu pun mereka koyak,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.