`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 17, 2023

Cheras, Seberang Jaya dan Segamat catat IPU tidak sihat

 

Tiada kawasan merekodkan bacaan IPU tahap baik pada pagi ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tiga daerah – Cheras, Seberang Jaya dan Segamat – merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pagi ini.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, bacaan IPU di tiga daerah itu masing-masing ialah 151, 145 dan 108 pada 9 pagi.

Kualiti udara di tiga daerah itu kekal merekodkan bacaan tahap tidak sihat sejak malam tadi, dan menunjukkan trend menaik pada pagi ini.

Ads by Kiosked

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana namun menghampiri tahap tidak sihat ialah Minden, Pulau Pinang (96), Kota Bharu (94), Langkawi (93), Alor Setar (93), dan Kangar (92).

Tiada kawasan merekodkan bacaan IPU tahap baik pada pagi ini.

Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300), berbahaya (301-400), sangat bahaya (401-500) dan kecemasan (lebih 501).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad kelmarin berkata fenomena jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.