`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 21, 2023

Hanya Seremban catat IPU tak sihat

 

Sebanyak 64 lokasi lain mencatat bacaan sederhana setakat 10 pagi ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seremban di Negeri Sembilan menjadi satu-satunya daerah merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pada 102 setakat 10 pagi tadi.

Bacaan itu bagaimanapun bertambah baik berbanding 151 pada waktu sama semalam. Seremban dikesan mencatat IPU tidak sihat sejak Rabu lalu.

Di daerah Petaling Jaya dan Banting yang merekodkan bacaan tahap sederhana semalam, kekal di tahap sederhana hari ini.

Setakat 10 pagi tadi, bacaan IPU di Petaling Jaya adalah 79 dan Banting 90.

Selain itu, IPU di Nilai turun daripada 98 kepada 89 hari ini.

Sebanyak 64 lokasi lain mencatat bacaan sederhana, termasuk Johan Setia di Selangor (91), Kuala Terengganu (89), Klang (88), Segamat dan Shah Alam (86) serta Putrajaya dan Kota Bharu (83).

Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), 301-400 (berbahaya), 401-500 (sangat bahaya) dan lebih 501 (kecemasan).

Baru-baru ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, fenomena jerebu dijangka lebih serius tahun ini berbanding tiga tahun lalu kerana aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.