`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 12, 2023

Hina institusi beraja, lelaki berusia 42 tahun ditahan

 

Suspek berusia 42 tahun itu akan direman esok. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi beraja.

Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin, berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan hari ini oleh sepasukan pegawai dan anggota IPD Temerloh.

Katanya, hantaran berbaur penghinaan itu dipercayai dibuat menggunakan akaun Facebook “Raja Hairun”.

Ads by Kiosked

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah esok di lokap berpusat Kuala Lumpur.

“Siasatan kes dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Noorsiah turut menasihatkan orang ramai menghormati institusi beraja kerana ia sudah dijamin oleh Perlembagaan demi menjaga kestabilan negara, bangsa dan negara.

“Mana-mana individu atau pihak yang didapati dengan sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan menghina dan memperlekehkan institusi beraja akan dikenakan tindakan tegas,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.