`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 24, 2023

Isu lambakan sayur di Lojing akan diteliti, kata Mat Sabu

 

Mohamad Sabu berkata, kementeriannya akan memastikan penyelarasan dibuat bagi menyeimbangkan bekalan sayur tempatan dan import.

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneliti serta mengambil langkah penyelesaian berkesan terhadap masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing yang menjejaskan kira-kira 500 pekebun.

Menterinya, Mohamad Sabu yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) turut berperanan memberi khidmat nasihat bagi memastikan bekalan sayuran stabil, sekali gus memanfaatkan pekebun tempatan.

“Fama sekarang pun membeli sayuran pada harga lebih mahal daripada harga pasaran kerana mahu membantu pekebun, namun langkah itu tidak membantu dalam jangka panjang.

“Kementerian akan pastikan penyelarasan dibuat bagi seimbangkan bekalan sayuran tempatan dengan sayuran import,” katanya menurut Bernama.

Beliau mengulas laporan media baru-baru ini mengenai pekebun di Tanah Tinggi Lojing terpaksa membuang ribuan tan sayur tidak terjual susulan dakwaan lambakan bekalan sayur import dari luar negara.

Laporan itu mendakwa masalah berkenaan timbul apabila pengeluaran sayur tempatan meningkat selepas musim tengkujuh tamat, namun sayur didakwa masih diimport ke negara ini.

Mohamad berkata, penanaman sayuran tertentu oleh ramai pekebun pada satu-satu musim mengikut harga pasaran juga antara faktor lambakan itu.

“Kadangkala misalnya (harga) timun mahal, banyak yang akan menanam timun, bila dapat hasil nanti, masa itu berlaku lambakan di pihak pekebun. Pihak Fama ada juga membantu, iaitu membeli dengan harga tinggi, tetapi Fama tidak dapat menampung semua.”

Katanya, pangkalan data sedang dikemas kini bagi membolehkan bantuan dan khidmat nasihat disalurkan kepada pekebun dalam usaha mengatasi masalah lambakan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.