`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 13, 2023

Kamarulzaman Datuk Bandar KL baharu

 

Kamarulzaman Mat Salleh dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa 17 Apr, menggantikan Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac. (Gambar MIPFM)

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu, berkuat kuasa 17 Apr.

Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali, berkata pelantikan itu bagi menggantikan Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan,” menurutnya dalam kenyataan.

Ads by Kiosked

Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Zuki turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mahadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.