`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 13, 2023

Kemuka tuntutan palsu bekal makanan mentah sekolah, 2 individu mengaku tak salah

 

Tertuduh Malik Ibrahim dan Erlina Zulkifli mengaku tidak bersalah menggunakan invois palsu dalam tuntutan pembekalan bahan mentah asrama sekolah dibuat antara 2015 dan 2016. (Gambar SPRM)

PETALING JAYA: Pengurus sebuah syarikat dan pembantu murid prasekolah mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bahan mentah asrama sekolah membabitkan nilai keseluruhan RM52,514.

Pengurus Malik Ibrahim, 49 dan Erlina Zulkifli, 40, pembantu pengurusan murid prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu di Sebauh, Bintulu didakwa menggunakan invois palsu dalam tuntutan dibuat antara 2015 dan 2016.

Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Steve Ritikos, lapor Berita Harian.

Ads by Kiosked

Berdasarkan pertuduhan, Erlina didakwa menggunakan lapan invois palsu dikeluarkan Malik atas nama perniagaan Maisuz Enterprise sebagai dokumen sokongan untuk membuat tuntutan pembekalan makanan mentah asrama ke SK Kuala Kebulu Sebauh bernilai RM 52,514.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati pembekalan makanan mentah itu tidak pernah dibuat.

Berikutan itu kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Steve membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 setiap seorang dengan dua penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh pengurusan kes. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.