`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 16, 2023

Kereta bertembung lori, 2 pengajar latihan memandu maut

 

Anggota bomba mengeluarkan mayat dua tenaga pengajar sekolah memandu yang maut selepas Perodua Viva dinaiki bertembung sebuah lori di Jalan Baru Baling-Kupang, Baling, petang tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dua tenaga pengajar pusat latihan memandu maut selepas Perodua Viva dinaiki bertembung sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Baru Baling-Kupang, Baling, petang tadi.

Mereka terbunuh ialah Hanis Fahmi Abu Bakar, 23 dan Muhamad Firdaus Z Rosli, 36, selepas mengalami kecederaan pada muka serta badan.

Ketua Polis Baling, Shamsudin Mamat, berkata kemalangan berlaku pada 1.02 petang membabitkan sebuah lori jenis Isuzu dari arah Charok Nau menghala Kuala Ketil dengan Perodua Viva dari arah bertentangan.

“Perodua Viva dipercayai hilang kawalan lalu berpusing berpusing dan memasuki laluan lori sebelum bertembung.

Keadaan Perodua Viva dan lori selepas kemalangan. (Gambar Facebook)

“Kereta terbabit kemudian terbabas ke longkang di tepi jalan arah ke Kupang menyebabkan pemandu dan penumpang tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Berita Harian.

Shamsudin berkata, mayat pemandu dan penumpang Perodua Viva itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.