`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 5, 2023

Lantikan tetap 12,800 doktor perlu ikut kriteria, kata menteri

 

Dr Zaliha Mustafa berkata Kementerian Kesihatan (KKM) komited agar urusan perjawatan dan pelantikan tetap doktor diuruskan secara teratur dan berkesan.

KUALA LUMPUR: Perjawatan 12,800 doktor tetap akan mengambil kira pegawai perubatan telah menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia serta memenuhi syarat pelantikan secara tetap.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.

“Selain daripada itu, KKM juga sedang memperhalusi isu-isu lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas dikumpul semasa sesi Townhall pada 22 Feb 2023 lalu.

“Perkara ini akan dibentangkan ke hadapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang telah ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 12,800 daripada 20,330 doktor lantikan kontrak akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun dengan membabitkan peruntukan tambahan RM1.7 bilion.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, kerajaan juga sedang mengkaji pemanjangan elaun lokum kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional di KKM selain pegawai perubatan.

Ads by Kiosked

“Di samping itu, KKM masih meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (housemanship) yang turut memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen KKM pada setiap tahun,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.