`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 5, 2023

Zahid puji kerajaan Perlis sentiasa berdiplomatik

 

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, berkata agensi dan kementerian kerajaan pusat sentiasa mahu menjalinkan hubungan baik dengan semua kerajaan negeri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahmad Zahid Hamidi memuji pentadbiran kerajaan Perlis yang sentiasa berdiplomatik walaupun berlainan ideologi politik.

Timbalan perdana menteri berkata, kerajaan pusat menerusi agensi dan kementerian di negeri itu sentiasa mahu menjalinkan hubungan baik dengan semua kerajaan negeri mengambil kira kepentingan agenda mengutamakan rakyat.

“Mana-mana pihak tidak seharusnya menggunakan platform majlis mahu pun mesyuarat bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka yang menjadikannya sebagai bahan kempen atau ceramah berbentuk penghinaan.

Ads by Kiosked

“Kita sebenarnya khuatir apabila tindakan sebegitu akan menjadikan jalinan hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan terencat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Bagaimanapun, saya puji di Perlis ini keadaan sebegitu tidak berlaku,” katanya menurut Harian Metro.

Kenyataan Zahid itu dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor yang sebelum ini dilihat tidak sealiran dengan kerajaan pusat dan sering mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Malah, Sanusi dalam ‘sengketa’ terbarunya mendakwa terdapat arahan bertulis melarangnya menghadiri acara rasmi kerajaan Persekutuan termasuklah LIMA ’23 yang akan berlangsung di Langkawi, pada 23 hingga 27 Mei ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.