PETALING JAYA: Seorang lelaki maut terjatuh dari tingkat lima sebuah hotel di Tanjung Aru, Sabah semalam.
Kejadian itu berlaku pada 6.10 petang dan mangsa berusia 36 tahun.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang.
Katanya, sepasukan anggota bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bergegas ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, terdapat mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lima ke beranda tingkat satu bangunan berkenaan.
“Mangsa dibawa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.42 petang. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.