`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 15, 2023

Perdana menteri itu bukan kerja pondan.

Court suggests Dr M, Zahid settle libel suits without contest

High Court suggest Dr M, Zahid settle defamation instead of trial
two libel suits involving Dr M and Zahid in Sept and Nov
Mahathir’s suit against Zahid for derogatory use “Kutty” 
meant to imply he was not born Malay or Muslim
that his original name was “Mahathir son of Iskandar Kutty”
Zahid sue Dr M over claim Zahid sought Dr M help to drop corruption charges 
Mahathir claimed Zahid met him at his home in 2018
Zahid claimed Mahathir’s remarks untrue
Mahathir stood by his remarks, would contest the suit.


My Comments :

Inilah apa yang patut dikenali sebagai kerja sia-sia yang hanya membuang masa dan membazir wang rakyat.

Cuba perhatikan - seorang itu marah pasal dia dipanggil 'Kutty". Se-ekor lagi marah sebab dia di"malukan" dengan tuduhan membodek orang untuk dilepaskan dakwaan rasuah di mahkamah.

Tuan-tuan cuba fikir, dalam perbalahan di antara dua ekor tikus politik ini (atau politikus) di mana letaknya kepentingan tuan-tuan atau kepentingan masyarakat kita atau kepentingan negara kita?  Tidak ada pun. 

Contohnya apabila rakyat marhaen dituduh bodoh, pelupa dan pemalas tidak ada siapa pun memulakan saman malu di mahkamah untuk mempertahankan maruah orang biasa.

Mereka saman-menyaman ini untuk mempertahankan kedudukan, kepentingan dan kekayaan mereka. Tetapi mereka keduanya mengaku bahawa mereka adalah 'wakil rakyat', merekalah pejuang bangsa, agama, negara dan entah kepala hotak apa lagi.

Tetapi mereka membazir masa mahkamah, membazir duit rakyat (yang bayar gaji hakim dan petugas mahkamah) untuk mempertahankan ego dan kepentingan mereka. Kutty-lah,  rasuah-lah dan entah apa lagi.

Di sinilah saya telah menulis dan mengingatkan berbanyak-banyak kali bahawa telah sampai masanya kita merobah akta-akta saman malu negara kita (Defamation laws) termasuk "libel" dan 'slander'.  

Kita syiok sendiri mahu menjadi negara maju. Tetapi kita telah pun tertinggal Sampan 2020. Sekarang sudah TIGA tahun kita telah tertinggal Sampan 2020. Sampan Wawasan 2020 sudah karam tenggelam. Nakhodanya kuranglah faham. Hai kuranglah faham. Alamat sampan akan tenggelam.

Kita kurang faham bahawa antara ciri utama negara maju ialah masyarakat yang sudah dewasa. Dewasa dalam pemikiran mereka. 

Masyarakat yang masih mendokong undang-undang lapuk yang memberi ruang kepada politikus atau tikus-tikus politik membazirkan masa dan tenaga mahkamah (yang dibiayai wang rakyat) untuk membuat duit (pampasan kewangan) atas sebab dituduh 'Kutty' atau dituduh perasuah bukanlah masyarakat yang sudah pemikiran dewasa. 

Dituduh 'Kutty' atau dituduh perasuah itu memang adat politikus. Itulah asam garam dan rempah ratus mereka. Kenapa nak saman di mahkamah pula? Just wasting the public's time and money. 

Kalau dia tuduh awak Kutty awak tuduhlah dia Ngoro-goro ke entah apa ke. Who cares? Kalau dia tuduh awak perasuah awak tudunh lah dia nyanyok ke, super senile ke. Who cares?  

Tetapi yang lebih sedih ialah memperbesarkan isu remeh temeh seperti ini mencerminkan masyarakat yang masih kebudak-budakkan atau childish. Masyarakat yang mungkin terhibur melihat tikus-tikus perosak berlari melompat-lompat tanpa sedari bahawa tikus itu mencemarkan rumah kita sendiri.

Kita perlu ubah akta saman malu negara kita (defamation laws).

Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah undang-undang saman malu mereka (defamation laws) mendefinisikan atau mentakrifkan apa yang disebut 'public personality'.

A public peronality is a person who has achieved notoriety, prominence or fame within a society, whether through achievement, luck, action.

A person's perceived or evident personality, as that of a well-known official, actor, or celebrity; personal image; public role.

Dengan bahasa mudah selebriti, VIP atau sesiapa pun (termasuk ahli perniagaan, artis, ahli politik, penulis, blogger, Facebooker) yang  sangat bergantung kepada umum dan persepsi umum terhadap mereka bagi menjaga kedudukan mereka. Dengan bahasa lagi mudah mereka menonjolkan diri kepada umum untuk mencari hidup. 

Itulah public personality.

Dan undang-undang saman malu (defamation laws) di negara maju tidak membela atau memberi perrlindungan yang penuh kepada golongan public personality ini jika mereka di tuduh begini dan begitu oleh sesiapa pun.

Awak nak jadi perdana menteri pembela agama, pembela bangsa, pembela kambing dan pembela lembu kan? Isteri awak sudah declare awaklah pemimpin anugerah Tuhan? Awak kata awaklah pejuang agama, bangsa dan negara. Tetapi bila kena tuduh sikit-sikit  Kutty ke, perasuah ke, penipu ke awak nak saman malu di mahkamah pula. Pi dah mabuk. 

Jadi di Amerika Syarikat contohnya mereka boleh mengkritik dan memperbodohkan presiden Joe Biden dengan segala jenis ejekan, kartun dan apa jenis kutukan pun tetapi presiden Joe Biden langsung tidak boleh saman sesiapa pun atas tuduhan 'defamation, slander or libel'.



Amat mustahil sekali. If you are the president you must have enough guts to face the jokes and the insults thrown against you.

Pendekatan mereka adalah (yang saya pernah belajar di universiti di Amerika dulu) dalam masyarakat berdemokrasi dan bebas bersuara semua lapisan masyarakat mereka berhak bertanya, menyoal, mengkritik dan mengutuk siapa jua public personality yang boleh memberi kesan kepada penghidupan mereka. Presiden, ahli politik, menteri kabinet, pegawai daerah, ahli perniagaan, pakar perubatan, guru sekolah semuanya memainkan peranan luar biasa yang boleh membantu atau membantutkan masa depan masyarakat. 

Tetapi bukan semua orang mempunyai tahap pendidikan, kepakaran, fasih berbahasa (eloquence) yang serupa untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap pemimpin atau golongan VIP. Ada yang akan marah, mencarut, memekik, menjerit dsbnya tetapi mereka masih berhak bersuara - tidak kira nada bahasa dan nada suara mereka. 

Oleh itu di negara maju mereka telah merobah undang-undang saman malu (defamation laws) yang tidak memberi ruang yang banyak bagi ahli politik mulakan saman mahkamah sebab tidak setuju tuduhan 'Kutty', perasuah, peliwat dsbnya.

Jadi menteri itu bukan kerja budak-budak. Nak jadi perdana menteri itu bukan kerja pondan. Sikit-sikit nak merajuk pula. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.