`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 22, 2023

Pesakit jadi ‘keluarga’ buat jururawat sambut Aidilfitri

 

Ketua Jururawat Wad Dialisis Kanak-kanak, Hospital Tunku Azizah, Wan Zuraini Wan Abdullah sudah terbiasa bekerja di hari raya

KUALA LUMPUR: Berkhidmat sebagai jururawat sejak 27 tahun lalu, Wan Zuraini Wan Abdullah sedar satu hakikat perlu dilaluinya – tidak selalu mendapat keistimewaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

Tahun ini ketua jururawat wad dialisis kanak-kanak Hospital Tunku Azizah di sini sekali lagi diuji dugaan berkenaan, tidak dapat pulang ke tanah kelahirannya di Kelantan untuk menyambut lebaran dengan insan tersayang.

Gilirannya kali ini menjaga pesakit cilik sedang berjuang melawan penyakit buah pinggang kronik dihidapi mereka.

Ads by Kiosked

Namun Wan Zuraini menolak rasa sedih itu malah bersemangat menyambut 1 Syawal nanti bersama pesakit serta penjaga mereka yang telah dianggap sebagai keluarga.

“Aidilfitri tahun ini saya bekerja seperti biasa, pakai uniform dan tiada baju raya.

“Terpaksa juga ‘tinggalkan’ suami dan anak kerana bertugas, tetap dapat bergembira di samping pesakit…mereka sudah macam keluarga dalam wad ini,” katanya kepada FMT.

Sabiha Sarah Roslan, 32, mengakui terlalu rindukan keluarga selepas tiga tahun tidak pulang beraya akibat covid-19

Bergelar jururawat sejak 10 tahun lalu, Sabiha Sarah Roslan, 32, berkata Hari Raya Aidilfitri kali ini adalah tahun ketiga dirinya tidak dapat pulang ke kampung menyambut lebaran yang sebelum ini disebabkan kesibukan menguruskan pesakit Covid-19.

“Sebelum itu pun lama dapat tidak balik raya kerana tugas, sedihnya sebab kita dengan keluarga jauh terpisah.

“Tetapi sebagai jururawat tidak boleh tunjuk terlalu sedih kerana tugas kita merawat pesakit,” katanya yang menyifatkan dirinya bernasib baik bertugas di wad kanak-kanak dan menjadikannya tugas melayan mereka sebagai terapi.

Ads by Kiosked
Nuratikah Idora Mohamad Yusof, 30, bertuah kerana ada kalanya ahli keluarga datang ke rumahnya menyambut hari raya bersamanya.

Sementara itu, Nuratikah Idora Mohamad Yusof, 30, berkata bertugas di pagi 1 Syawal tidak lagi menjadi masalah buat dirinya kini dan menganggapnya sebagai asam garam sebagai seorang jururawat.

“Ketika waktu mula kerja dahulu memang terasa janggal bertugas pagi raya tetapi sekarang boleh terima.

“Tahun ini giliran saya bekerja, memang sedikit sedih tetapi ada rakan lain…jadi tidak sunyi sangat,” kata anak jati Kuantan itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.