`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 22, 2023

Agong, Permaisuri, anggota Kabinet solat Aidilfitri di Masjid Negara

 

Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, di sini.

Pasangan diraja itu berangkat tiba di masjid berkenaan pada 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Solat sunat yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni itu turut disertai anggota Jemaah Menteri serta timbalan menteri bersama pasangan dan orang awam.

Ads by Kiosked

Ini kali kedua Agong menunaikan solat sunat itu di luar Istana Negara.

Tahun lalu , Seri Paduka menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan selepas dua tahun melakukannya di Istana Negara berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Khutbah Aidilfitri bertajuk “Aidilfitri Lebih Bererti” dibacakan Ehsan, antaranya menyeru umat Islam memanfaatkan keberkatan Aidilfitri untuk memperbaiki hubungan persaudaraan sesama anggota masyarakat.

Selain itu, umat Islam turut diseru menyemai perasaan saling menyayangi, menghormati satu sama lain, toleransi dan hidup dalam kesepaduan utuh bagi membangunkan negara secara holistik.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.

Perdana menteri turut meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.

Ads by Kiosked

Seri Paduka berdua kemudian berangkat meninggalkan masjid pada 9.15 pagi, diikuti Anwar dan Jemaah Menteri serta timbalan menteri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.