`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 22, 2023

PJ catat IPU tak sihat

 

Sebanyak 64 lokasi lain mencatat bacaan sederhana setakat 9 pagi ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Hanya daerah Petaling Jaya mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pada 110 setakat 9 pagi tadi.

Sebanyak 64 kawasan mencatatkan bacaan sederhana dan tiga daerah merekodkan IPU baik.

Daripada 64 lokasi itu, bacaan IPU di Segamat, Johor tertinggi iaitu 92, diikuti Kuala Terengganu dan Labuan (86), Banting di Selangor (84), Seremban di Negeri Sembilan (82) dan Seberang Jaya di Pulau Pinang (81).

Tiga daerah dengan IPU baik ialah Sandakan di Sabah (38), Kapit (39) dan Sarikei (42) di Sarawak.

Mengikut bacaan IPU, 0-50 dikategorikan baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), 301-400 (berbahaya), 401-500 (sangat bahaya) dan lebih 501 (kecemasan).

Baru-baru ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata, fenomena jerebu dijangka lebih serius tahun ini berbanding tiga tahun lalu kerana aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.