(1) Tol RAHMAH Percuma selama empat hari
OSTB : Tuan-tuan there is no such thing as percuma. Ini bukan cerita sepenuhnya. Syarikat tol akan dibayar ganti rugi ataupun depa akan claim balik kesemua tol yang kononnya percuma itu. Maksudnya kerajaan akan bayar gantirugi atau pampasan kepada syarikat tol dengan guna duit rakyat. Akhir sekali kita yang bayar juga. Denagn guna duit rakyat, duit kita.
Syarikat tol akan untung lagi besar sebab mereka akan jimat bayar gaji pekerja tol, jimat bayar api, aircon, jimat bayar overtime. Syarikat tol akan claim direct daripada gomen untuk gantirugi atau pampasan 'Tol Rahmah'.
(2) Menu RAHMAH usaha sama pasar raya terpilih
OSTB : Menu Rahmah ini perlu tanya Dato Ameer Ali Mydin juga. Penjaja pula ada yang tanggung rugi.
(3) PDRM, bayar saman RM50 kadar khas - Terima kasih. Ini berita yang baik. Juga orang ramai diberi tempoh sebulan untuk bayar konpaun RM50. Terima kasih. Tuan-tuan jangan tunggu last minit untuk bayar kompaun.
(5) rumah mampu milik - menawarkan harga simen kadar berpatutan
melibatkan RM120 juta insentif swasta
untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.
OSTB : 24,000 unit rumah kos rendah? RM300,000 sebiji? Projek Prima dulu tak siap rumah selama bertahun-tahun. Akhir sekali Prima siapkan beberapa ribu rumah sahaja. Sasaran KPI depa tak jadi.
Sekarang Madani nak bina 24,000 unit rumah pula? Apa tempoh dia? What is the time frame? Lima tahun? 10 tahun? 20 tahun?
Nak cari tanah saja mungkin bertahun. Lepas itu kena negotiate untuk beli tanah. Lepas itu perlu mendapat kelulusan PBT (pihak berkuasa tempatan) dan kerajaan negeri. Kalau state government itu bukan kerajaan PH sorry lah. Mungkin Federal gomen, DYMM Sultan dan YDP Agong semua sudah bertukar lagi.
Tetapi yang lebih pelik adalah sabsidi RM120 juta untuk beli simen. Maksudnya duit rakyat, duit kita, sebanyak RM120 juta akan dibayar kepada cement manufacturer dan cement importer. Wah!! Merry Christmas. Christmas come very early this year ah Tan Sri. Santa Claus bring many presents so early one.
Tentu sekali cement manufacturer akan minta dibayar sabsidi RM120 Juta itu dulu SEBELUM dia manufacture simen. Takkan dia begitu bodoh keluarkan duit dia sendiri dulu untuk manufacture simen yang begitu banyak lepas itu baru dia nak claim duit sabsidi? I dont think so. Ataupun dia memang sudah ada old stock atau excess inventory (stok lebihan) yang belum dijual jadi dia 'tolak' kepada skim projek kos rendah ini untuk claim duit sabsidi RM120 juta itu?
Soalan cepu mas : What if 24,000 rumah kos rendah itu tak jadi? Atau memang lambat siap (serupa rumah Prima dulu). Does the cement manufacturer still get the sabsidi up front? Maksudnya tak kira rumah jadi atau tak jadi towkay simen dapat duit sabsidi juga?
Sekali lagi saya ucapkan Merry Christmas paling awal. Christmas come very early this year.
(7) memberi satu hari kelepasan am tambahan
Saya setuju dengan sahabat karib saya Dato Ameer Ali Mydin.
This is just more "populism'. Inilah disebut populisma atau mencari popularity dengan pengundi.
Kononnya populisma itu menjaga kepentingan "rakyat marhaen" dan dilawankan dengan kepentingan majikan dan peniaga (contohnya dengan declare cuti am tambahan).
Sebenarnya declare cuti am secara terkejut tergempar ini sangat merugikan ekonomi negara dan pendapatan semua rakyat marhaen.
Cuba bayangkan pemandu lori yang hantar barang ke supermarket Mydin tidak akan dapat gaji sehari (atau gaji bagi satu trip) pada hari itu. Pekerja warehouse dan gudang tidak dapat gaji sehari. Tidak ada peluang mendapat gaji overtime sebab cuti am. Lori tidak perlu isi minyak jadi stesen minyak pun akan mengalami jualan yang merosot.
Orang yang sudah janji datang dari jauh untuk hadir appointment dan temu-janji akan terpaksa batal temu-janji, batal booking hotel, batal tiket kapalterbang dan banyak lagi. Pekerja hotel akan rugi, pekerja syarikat kapalterbang akan rugi.
Tidak ada siapa pun yang akan dapat untung. Produktiviti negara pun akan jatuh. GDP negara untuk sehari (kurang lebih 0.01% jika GDP 5%) akan hilang begitu saja.
Hanya kerana orang yang bertanggungjawab menjaga negara sudah ketandusan idea yang bagus untuk bangunkan ekonomi. Mereka ikut cara cheap political gimmicks atau gimik politik murahan untuk mencari populariti.
Why not declare cuti am satu bulan Syawal? The more the better.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.