`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 19, 2023

Selepas dipecat Umno, Adun Sugut dilantik ketua bahagian Gagasan Rakyat

 

James Ratib antara tiga Adun yang dipecat Umno awal bulan ini. (Gambar Facebok)

PETALING JAYA: Adun Sugut, James Ratib yang dipecat Umno, kini ialah ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sugut.

Beliau berkata, proses penyertaannya dalam Gagasan Rakyat sudah selesai.

“Saya sudah isi borang, malah saya kini ketua bahagian Sugut,” katanya menurut Sinar Harian.

James berkata, beliau sedia maklum dengan pemecatan oleh Umno, tetapi tidak menerima sebarang surat daripada parti itu sehingga kini.

“Saya tidak terima apa-apa surat (pemecatan), cuma mereka cakap saja, tetapi memang saya tahu saya dipecat dan saya pun memang mahu keluar (Umno) juga.”

Pada 10 April lalu, Ketua Umno Sabah, Bung Moktar mengumumkan tiga Adun Sabah dipecat parti itu, mereka ialah James, Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Jasnih Daya (Pantai Dalit).

Adun Tanjung Keramat yang juga Ahli Parlimen Putatan, Shahelmey Yahya pula digantung keahlian selama enam tahun.

Semua Adun itu dikenakan tindakan selepas menyokong Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah, yang bertentangan keputusan Umno Sabah menarik sokongan terhadap kerajaan Sabah pada 6 Jan lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.