`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 19, 2023

Bukit Aman umum pertukaran 18 pegawai kanan

 

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad mendahului senarai pertukaran itu dengan dilantik sebagai Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad mendahului senarai pertukaran pegawai kanan polis, dilantik sebagai Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang baharu berkuatkuasa 22 Mei depan.

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Fisol Salleh pula akan menggantikan Wan Hassan sebagai ketua polis Kedah yang baharu dengan memangku pangkat CP.

Menurutnya Timbalan Ketua Polis Kedah Mohd Roze Shaari pula dilantik sebagai timbalan pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Beliau berkata Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur Abu Samah Mohd Noor akan menggantikan Roze sebagai timbalan ketua polis Kedah dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Fazlisyam Abd Majid pula dilantik sebagai ketua cawangan khas Kuala Lumpur yang baharu,” katanya.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Azman Ayob dilantik sebagai timbalan pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.

“Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Victor Sanjos pula akan menggantikan Azman sebagai timbalan ketua polis Kelantan dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/Gangsterism Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohamad Noor Yusof Ali dilantik sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Johor Awang Din Awang Gani dilantik sebagai ketua Jabatan Pengurusan Sarawak dengan memangku pangkat SAC.

Semua mereka adalah antara sembilan daripada 18 pegawai kanan polis yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 22 Mei ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.