`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 19, 2023

Zaliha, warga KKM ucap selamat bersara buat Noor Hisham

 

Dr Noor Hisham Abdullah sempat berswafoto ketika diraikan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan warga KKM dalam majlis persaraannya semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa merakam penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, selepas 35 tahun menabur bakti untuk negara.

Katanya, pengalaman Noor Hisham amat bermakna dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina perkhidmatan kesihatan rakyat setanding negara lain.

“Saya percaya khidmat Tan Sri tidak terhenti di sini, bahkan khidmat terbabit masih diperlukan untuk pembangunan perubatan dan kesihatan negara.

“Saya mewakili Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengucapkan selamat bersara dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Noor Hisham di atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatannya di kementerian ini,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau turut memuat naik gambar majlis persaraan Noor Hisham bersama warga KKM semalam.

Noor Hisham memegang jawatan itu sejak 2013 dan sepanjang lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlangnya, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan akibat Covid-19.

Malah, beliau juga dianggap “wira” rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan pandemik itu.

Noor Hisham turut dinamakan antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaannya menangani krisis Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.