`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 3, 2023

Tetak pengawal sebelum larikan 70 Iphone

 

Ketua Polis Hilir Perak Ahmad Adnan Basri berkata, pemilik kedai telekomunikasi itu mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas 70 telefon jenis Iphone hilang dalam kejadian tersebut.

PETALING JAYA: Seorang lelaki bertindak menetak kepala pengawal keselamatan dan mengunci mangsa di dalam tandas sebelum memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi di Kompleks Menara Condong Teluk Intan, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Hilir Perak Ahmad Adnan Basri berkata, ketika kejadian mangsa yang berusia lewat 60-an sedang berehat di kaunter tandas kompleks perniagaan berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki membawa sebilah kapak dalam kejadian kira-kira jam 2.00 pagi itu.

“Mangsa cuba mengelak dan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek. Suspek kemudiannya menetak bahagian atas kepala pengawal keselamatan itu dan mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum menguncinya di dalam tandas.

Ads by Kiosked

“Suspek seterusnya memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi kompleks berkenaan dengan cara memotong mangga kunci di pintu menggunakan mesin pencanai,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, suspek mencuri semua 70 unit telefon bimbit iPhone di empat rak pameran kedai dan anggaran kerugian yang dialami oleh pemilik kedai telekomunikasi berkenaan adalah sebanyak RM300,000.

Katanya, polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam pada jam 3.22 pagi.

“Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

“Pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek yang terlibat diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Hilir Perak di talian 0562992222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.