`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 17, 2023

Tumbuk pemandu hingga hidung berdarah, lelaki ditahan polis

 

Polis berkata, kes itu selesai selepas suspek ditahan pada 3.45 petang semalam untuk siasatan lanjut. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan semalam kerana menumbuk muka seorang pemandu beberapa kali dekat lampu isyarat Jalan Patau-patau, Labuan minggu lalu.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis terhadapnya sejurus kejadian pada 12 April lalu.

Ketua Polis Labuan, Ahmad Jawila, berkata suspek dipercayai marah dengan mangsa mengenai penggunaan isyarat lampu kenderaan sebelum membelok ke jalan sebelah kanan.

Ads by Kiosked

Katanya, suspek keluar dari kereta dan terus menumbuk muka mangsa beberapa kali.

“Akibat kejadian itu, mangsa luka di dahi, berlaku pendarahan di hidung dan sakit pada bahagian mata. Kenderaan mangsa juga mengalami kerosakan.

“Isteri mangsa turut bersamanya ketika kejadian menyebabkan mangsa ketakutan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes itu selesai selepas suspek ditahan pada 3.45 petang semalam untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, tular video 45 saat menunjukkan seorang lelaki keluar dari kereta lalu ke kenderaan mangsa dan berlaku pertengkaran, sebelum suspek didakwa menumbuk muka mangsa beberapa kali hingga berdarah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.