`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 3, 2023

Guru rugi RM30,000 rantai emas diragut

 

Polis mengesan suspek yang dilihat memakai jaket hitam dan topi keledar kelabu dalam rakaman kamera litar tertutup. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang guru kerugian RM30,000 selepas rantai emasnya diragut lelaki bermotosikal dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Mok Hee Kiang, Mentakab.

Bagaimanapun, mangsa wanita berusia 49 tahun tidak mengalami kecederaan, dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Temerloh, Roslee Omar, berkata kejadian berlaku ketika mangsa berjalan bersama anaknya menuju ke kereta diletakkan di tepi jalan sebaik selesai membeli barang.

Katanya, mangsa kemudian dihampiri lelaki tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha Y16 sebelum meragut rantai emas dipakainya.

“Selepas meragut barang kemas mangsa, suspek yang berpakaian jaket hitam dan bertopi keledar kelabu segera melarikan diri,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berdekatan, suspek menggunakan motosikal Yamaha Y16 warna perak namun nombor pendaftaran tidak dapat dilihat dengan jelas.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek dan kes disiasat bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.