`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 2, 2023

PKR Kelantan hantar senarai pendek calon, kata Nik Nazmi

 

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jumlah kerusi sebenar akan ditandingi PKR Kelantan belum diputuskan.

MACHANG: PKR Kelantan sudah menghantar senarai pendek bakal calon kepada pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada PRN, kata Ketua PKR Kelantan dan Terengganu Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Senarai calon ramai memandangkan PH ada 14 kerusi di Kelantan. Setakat ini senarai pendek sudah ada dan ia akan disediakan di peringkat parti yang diketuai Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Rafizi Ramli sebelum diumumkan oleh presiden PKR (Anwar Ibrahim),” katanya selepas melawat tapak projek pembinaan jalan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Tanah Merah.

Sementara itu, Nik Nazmi yang juga naib presiden PKR, berkata jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh calon PKR Kelantan belum diputuskan lagi.

“Tunggu dan lihat, nanti kita umum, yang pasti saya tak akan bertanding dekat sini,” kata menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman, berkata calon Barisan Nasional akan diletakkan di 31 kerusi, manakala 14 kerusi diberikan kepada PH, merangkumi PKR dan Amanah.

Pada 22 Jun lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan secara rasmi bagi memberi laluan kepada PRN.

Kelantan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, dan Kedah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.